MAS Tawar 30 Peratus Diskaun Untuk Destinasi Eropah

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30 peratus untuk warga Malaysia yang mengembara ke lima destinasi Eropah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Diskaun itu ialah untuk perjalanan ke London, Amsterdam, Frankfurt, Paris dan Istanbul.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata apa yang perlu dilakukan pleh pengguna ialah merancang dan mengembara secara berkumpulan tiga, enam atau sembilan.

"Mereka mestilah dari sekurang-kurangnya tiga etnik atau latar belakang budaya Malaysia yang berbeza untuk menikmati percutian Eropah yang menyeronokkan dalam gaya 1Malaysia," tambahnya.

MAS menawarkan diskaun ke atas tambang kelas perniagaan dan ekonomi untuk promosi meliputi pengembaraan mulai 1 Jan-31 Mac, 2012.

Setiap kumpulan 1Malaysia mesti mengembara dalam kelas dan penerbangan yang sama sepanjang perjalanan menggunakan tawaran istimewa yang tersedia mulai sekarang hingga 26 Dis, 2011.

Pada masa ini, MAS mengadakan penerbangan dua kali sehari ke London dengan penerbangan harian ke Amsterdam dan Paris, perkhidmatan lima kali seminggu ke Frankfurt dan tiga kali seminggu ke Istanbul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan