Mardi Perak Pertingkat Promosi Klon Durian

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) Perak akan mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan klon durian yang dihasilkan Mardi ke pasaran lebih luas.

Tiga jenis klon durian Mardi ialah MDUR 78 dan MDUR 79 yang dilancarkan pada 1991 serta MDUR 88 pada 1992.

Pengarah Mardi Negeri Perak Dr Zabri Abd Wahid berkata setakat ini, kekurangan dan ketidakkonsistenan dalam promosi telah mengehadkan potensi penerimaan klon durian oleh masyarakat umum, walaupun ia telah dihasilkan hampir 20 tahun.

Beliau berkata sehingga kini, klon durian ini cuma ditanam secara kecil-kecilan di Pahang, Kedah, Perak dan Terengganu.

"Usaha telah diambil untuk mempromosikan klon durian yang dihasilkan Mardi ini secara lebih meluas kepada pekebun bagi tujuan pengkomersialan," katanya ketika ditemui di tapak Mardi di Kuala Kangsar Rabu.

Zabri berkata ketiga-tiga baka klon itu mempunyai ciri yang lebih baik daripada induk mereka.

Sebagai contoh, beliau berkata baka MDUR 88 adalah hasil kacukan antara D24 dan D10, yang mempunyai isi lebih tebal dan tempoh matang lebih cepat.

"Klon MDUR 88 lebih cepat berbuah iaitu enam hingga tujuh tahun selepas ditanam. Ia juga mempunyai ketahanan terhadap penyakit kanker batang (phytophthora palmivora) yang lebih tinggi.

"Setakat ini, apabila kami mempromosikan durian-durian klon ini di pesta buah-buahan dan karnival, ia memang mendapat sambutan yang baik, cuma tak ramai lagi yang mengetahuinya walaupun ia telah lama di pasaran," katanya sambil menambah anak pokok durian klon itu boleh didapati di tapak semaian Mardi pada harga RM8 setiap satu.

Beliau berkata baka durian yang dihasilkan Mardi itu juga mempunyai penarafan dan pensijilan ISO, jadi kualiti pokok dan buahnya adalah terjamin.

Katanya, 12 lagi hibrid durian dihasilkan Mardi baru-baru ini dan institut itu kini dalam proses persediaan akhir untuk melancarkannya di pasaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan