Kerajaan Tiada Kuasa Larang Penjualan Air Zam-Zam

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk melarang penjualan air zam-zam di negara ini.

Beliau berkata sekatan itu tidak dapat dilakukan kerana tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk menyekat mana-mana pihak berbuat demikian di Malaysia.

"Memang air zam-zam percuma di Arab Saudi. Biasanya apabila kita bertanyakan penjual-penjual, itu (harga jualan) adalah atas caj perkhidmatan sebab air itu diangkut balik. Mereka bukan jual air itu tetapi caj membawa air itu dari Arab Saudi.

"Ini bukan kuasa hendak sekat dan sekarang tiada peraturan hendak sekat air itu dijual," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di sini Khamis.

Beliau berkata air zam-zam adalah sumbangan syarikat penerbangan kepada jemaah haji dan ia tidak boleh dihantar lebih awal kerana tidak dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Jika hendak dihantar ke pejabat Tabung Haji (TH) negeri atau daerah, ini akan menjadi tambahan kos dan masa. Oleh itu, majoriti jemaah memilih untuk mengambil air zam-zam sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana mereka mahu tiba di kampung halaman bersama air zam-zam.

"Apa yang pasti, bekalan air zam-zam dari Arab Saudi akan dikeluarkan dari satu sumber atau dari satu syarikat sahaja. Ini kerana kerajaan Arab Saudi mengesan adalah penipuan-penipuan air zam-zam telah dicampur (dengan air lain)," katanya.

Sementara itu, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pendaftaran haji akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Pada ketika ini, persiapan akhir antara TH dan KWSP giat dijalankan.

Mulai 1 Januari, pencarum KWSP yang mempunyai simpanan minumum RM1,300 boleh mendaftar haji di mana-mana kaunter TH," katanya.

Beliau berkata untuk tujuan pendaftaran itu, pencarum KWSP hanya perlu hadir ke mana-mana kaunter TH dan membawa bersama penyata KWSP semasa urusan pendaftaran haji berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan