Kementerian Pengajian Tinggi Sedia Bantu UPM Terbitkan Program Realiti TV

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kementerian Pengajian Tinggi bersedia membantu Universiti Putra Malaysia (UPM) sekiranya mahu menerbitkan program realiti televisyen usahawan tani.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata program tersebut dirasakan perlu bagi menarik lebih ramai siswazah dan generasi muda menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan.

"Kalau membuat program realiti televisyen itu adalah caranya bagi menarik minat lebih ramai siswazah dan generasi muda menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya, kami sedia membantu, ia termasuklah dana dan juga mencari penaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Siswatani di sini.

Beliau berkata dengan menjalin kerjasama, antaranya dengan televisyen dan pihak industri seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), program seumpama itu boleh menarik perhatian masyarakat.

Saifuddin berkata salah satu cara untuk menjadikan siswazah berminat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya adalah dengan menunjukkan kejayaan-kejayaan dalam bidang pertanian.

Beliau berkata antaranya dengan menonjolkan dan memaparkan kejayaan usahawan-usahawan yang bergiat dalam bidang pertanian di dalam media dan program rancangan televisyen.

"Sebab kalau kita tengok program realiti televisen 'Imam Muda' contohnya walaupun ada yang mengkritiknya, namun ia berjaya dan oleh itu saya rasa ia wajar dibuat," katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata beliau berharap lebih ramai siswazah cemerlang akan mengikuti kursus dan menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan.

Beliau berkata kebanyakan pelajar cemerlang di luar negara menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan dan ini juga boleh dijadikan contoh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan