Kemelut Karpal-Ramasamy Sudah Selesai:DAP

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut di antara Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy sudah diselesaikan, menurut kenyataan yang dikeluarkan parti itu.

"Kepimpinan DAP kini akan melangkah ke hadapan sebagai satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU)," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, penasihat seumur hidup, Dr. Chen Man Hin dan penasihat, Lim Kit Siang.

Pertikaman lidah di antara kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu tercetus selepas akhbar harian Tamil, Makkal Osai melaporkan pada 28 November bahawa Ramasamy didakwa telah menamakan tiga calon untuk pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Karpal berkata, Ramasamy tiada hak untuk memilih mana-mana calon dan parti itu tiada ruang untuk warlords.

Ramasamy pula memberitahu, DAP boleh maju ke hadapan tanpa senarai godfathers. Dalam Konvensyen DAP Pulau Pinang minggu lalu, Karpal menuntut permohonan maaf tetapi Ramasamy enggan berbuat demikian.

Sementara itu, kira-kira 150 penyokong Ramasamy mengadakan demonstrasi terhadap Karpal dalam konvensyen berkenaan.

Dalam usaha menyelesaikan kemelut itu, tiga pemimpin tertinggi DAP, Guan Eng, Man Hin dan Kit Siang berkata, Makkal Osai telah menarik balik laporannya pada Rabu.

"Ketua Pengarang Makkal Osai, M. Rajan membuat pembetulan terhadap laporan pada 28 November, mengakui kesilapan tersebut dan menjelaskan bahawa laporan mengenai calon DAP untuk pilihan raya akan datang bukannya dikeluarkan oleh Ramasamy.

"Kemelut di antara Karpal dan Ramasamy sudah selesai," kata kenyataan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan