KBS Perlu Sedia Pelan Damai Kerjaya Kepada Penerima Biasiswa Sukan

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS)dicadangkan agar menyediakan pelan damai kerjaya kepada penerima biasiswa sukan khususnya selepas mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Senator Baharudin Abu Bakar berkata KBS boleh mencontohi program yang dilaksanakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang mewajibkan penerima biasiswanya berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh masa tertentu.

"Biasiswa sukan tidak mewajibkan penerimanya untuk berkhidmat dengan kerajaan setelah tamat pengajian, mereka hanya digalakkan memberi sumbangan ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian.

"Saya ingin sarankan agar kementerian mempertimbangkan perkara ini dengan membantu menyediakan pelan damai hala tuju karier penerima biasiswa sukan itu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 di Dewan Negara Rabu.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar syarikat-syarikat swasta bekerjasama dengan KBS bagi menyediakan biasiswa kepada atlet dan mereka diberi pilihan sama ada untuk berkhidmat dengan syarikat itu atau tidak selepas menamatkan pengajian.

Menurutnya biasiswa sukan adalah galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan mempunyai potensi akademik untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi merangkumi IPTA dan IPTS, politeknik dan kolej komuniti.

"Saya yakin hasrat untuk menyediakan ekosistem industri sukan itu akan tercapai di mana atlet telah tamat pengajian akan dapat memenuhi permintaan pasaran industri sukan kita," katanya.

Baharudin berkata dalam mewujudkan ekosistem industri sukan, pelbagai elemen perlu diambil kira di mana semua peringkat masyarakat perlu memahami dan bekerjasama dalam memastikan ia bertahan lama serta mencapai objektifnya.

Beliau berkata elemen paling penting dalam ekosistem industri sukan ialah kumpulan atlet kerana mereka boleh merancakkan industri sukan.

Kejayaan atlet dilihat sebagai contoh ikutan dan bila atlet menang, sukan itu akan menjadi popular dengan sekelip mata dan akan berlaku sebaliknya apabila sukan itu mula merudum maka peminat akan berkurangan.

"Kesimpulannya, kementerian perlu memperbanyakkan komuniti ini (atlet) bagi tujuan perdagangan. Adakah kementerian mempunyai hala tuju perancangan strategik untuk hasilkan lebih banyak Datuk Nicol David, Sidek brothers dan Datuk Lee Chong Wei," katanya.

Persidangan Dewan Negara disambung Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan