Dr Jeffrey Umum Masa Depan Politiknya Pada Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan akan membuat pengumuman Jumaat ini mengenai masa depan politiknya ketika tersebar spekulasi bahawa beliau akan membentuk cabang parti yang berpangkalan di Sarawak itu di Sabah.

Bekas naib-presiden PKR, pada sidang akhbar yang dijadualkan pada Jumaat juga dijangka mengumumkan anggota jawatankuasa cabang parti berkenaan, demikiann menurut sumber.

Sumber itu juga berkata kebanyakan anggota UPF menyokong melaksanakan perjuangan politik mereka menerusi parti tersebut oleh kerana ia mendukong agenda Borneo yang diperjuangkan Dr Jeffrey.

UBF telah juga menyatakan kesediaannya membentuk sebuah perikatan seluruh rakyat Sabah tidak kira kaum dan agama bagi mempertahankan kepentingan dan hak rakyat negeri ini.

USNO, parti yang baru dihidupkan semula turut menyokong UBF.

Sehubungan itu, seorang pemimpin penting USNO dijadual menyertai sidang akhbar pada Jumaat ini.

Menurut sumber itu, Dr Jeffrey yakin dapat membentuk gabungan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan