Bantah Auku: 15 Penuntut IPT Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua 15 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan kerana mengadakan piket membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di KL Sentral petang semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua pelajar dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi selepas polis selesai mengambil keterangan mereka.

"Polis berpuas hati dengan maklumat dan kerjasama yang mereka berikan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Dilaporkan mereka yang ditahan adalah anggota Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) di mana polis terpaksa menahan mereka selepas tidak mengendahkan amaran supaya bersurai.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Travers untuk diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Mereka yang berumur antara 20 dan 22 tahun itu adalah dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Selangor, dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan