Aznil, Phoebe, Uthaya Dilantik Duta Sihat 1Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengacara televisyen dan radio terkenal Aznil Nawawi, Phoebe Yap Siok Wah dan G.Uthaya Kumar pada Khamis dilantik sebagai Duta Sihat 1Malaysia selama setahun mulai 1 Jan depan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti tersebut, yang merupakan pengacara popular serta disenangi pelbagai golongan masyarakat adalah bagi membantu mempromosi amalan cara hidup sihat serta mencegah penyakit denggi serta penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD).

"Penglibatan mereka dalam aktiviti promosi kesihatan diharap mampu menarik minat komuniti setempat, khususnya golongan remaja untuk turut sama mengamalkan cara hidup sihat dan membanteras denggi. Mereka tidak akan bercakap dari segi teknikal penyakit tetapi lebih memfokuskan kepada masalah tingkah laku yang berkaitan gaya hidup.

"Selaku duta kesihatan, mereka juga akan bekerjasama dengan pasukan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) yang sedia ada di peringkat lokaliti dan membantu menggerakkan penyertaan masyarakat secara kolektif dan menggerakkan komuniti untuk mengamalkan tingkah laku yang berkekalan sehingga menjadi satu budaya hidup," katanya pada majlis memperkenalkan duta-duta tersebut.

Liow berkata mereka akan berada di 24 lokaliti yang dikenal pasti kementerian bagi menarik penglibatan masyarakat dalam aktiviti gotong-royong membanteras denggi serta menyampaikan mesej amalan cara hidup sihat.

Sementara itu, Aznil berkata sebagai duta yang telah dilantik, mereka akan memastikan gaya hidup mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk mengamalkan pemakanan yang sihat, melakukan aktiviti fizikal dan tidak merokok dalam menunjukkan contoh yang baik kepada peminat dan rakyat Malaysia secara amnya.

"Bila diberikan tugas sebagai duta, ini bermakna sebagai ejen perubahan, dan hendak mengubah cara hidup rakyat Malaysia, ia bukannya mudah.

"Komuniti kita mengambil mudah tentang perkara-perkara berkaitan masalah kesihatan dan terlalu selesa dalam keadaan mereka sekarang, selain berada dalam penafian tentang status kesihatan mereka jadi cara hidup sebegini perlu diubah," katanya.

Aznil yang sebelum ini turut dilantik sebagai Ikon Anti Denggi kementerian merupakan hos pelbagai rancangan Astro seperti Macam-Macam Aznil dan Jangan Lupa Lirik dan pernah memenangi anugerah Penyampai TV Terbaik Asia, selain merupakan penyampai radio Era.

Yap pula merupakan penyampai radio Mandarin MyFM dan pengacara Astro manakala Uthaya Kumar merupakan penyampai radio Tamil THR Raaga dan juga pengacara rancangan RTM. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan