19 Syarikat Catat Kerugian Sebelum Cukai RM0.71 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 daripada 47 syarikat, yang Menteri Kewangan (Diperbadankan) memiliki saham melebihi 50 peratus, mencatat kerugian sebelum cukai berjumlah RM0.71 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2009.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata antara syarikat berkenaan ialah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), yang mengalami kerugian RM367.12 juta, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebanyak RM92.59 juta dan Assests Global Network Sdn Bhd (AGN) sebanyak RM41.05 juta.

Kerugian yang dicatatkan oleh ketiga-tiga syarikat itu, antara lain akibat perbelanjaan tinggi dalam kos pelaburan (impak melalui perbelanjaan susut nilai) dan peningkatan kos operasi (pada kadar tambang yang dikenakan pula rendah) serta pembayaran faedah kewangan yang tinggi.

"Sebagai syarikat yang ditubuhkan untuk memenuhi obligasi sosial dalam menyediakan kemudahan awam atau sebagai syarikat Tujuan Khas (SPV), ketiga-tiga syarikat itu bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata," katanya ketika menjawab soalan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Mohamad Ezam bertanya mengenai dakwaan 40 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM0.71 bilion serta langkah strategik yang diambil untuk memastikan GLC terus bersaing di peringkat global.

Dr Awang Adek berkata, selaras dengan hasrat program transformasi GLC (GLCT) yang menyasarkan untuk melahirkan beberapa jaguh serantau menjelang 2015, dan usaha untuk meningkatkan kadar keuntungan serta nilai pemegang sahamnya, beberapa GLC utama telah memperluas skop pelaburan luar negara.

Beliau berkata setiap pelaburan yang dibuat oleh GLC di luar negara dilakukan secara berhemah dan mengambil kira kepentingan komersil dan strategik kepada negara. Dalam pada itu, Dr Awang Adek berkata beberapa GLC telah mengukuhkan kedudukannya di peringkat serantau, seperti Axiata Group Bhd (Axiata), CIMB Group HOldings Bhd (CIMB) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Langkah strategik oleh GLC berkenaan untuk bersaing di peringkat serantau dan global, termasuk penyatuan dan pengambilalihan syarikat seperti Axiata, yang mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat telekomunikasi di sembilan negara dengan kira-kira 160 juta pelanggan.

Langkah lain termasuk membuka cawangan baharu di seluruh rantau ASEA Nseperti CIMB yang membuka cawangan di Indonesia, Thailand, China dan Kemboja, di samping terlibat dalam projek-projek pembangunan infrastruktur seperti MAHB yang telah melabur kira-kira RM350.9 juta di empat buah lapangan terbang yang diuruskannya di luar negara.

Dr Awang Adek berkata penglibatan GLC di luar negara telah meningkat dengan ketaranya sejak 2004.

"Contohnya jumlah pegangan aset Kumpulan G20 (18 GLC terbesar di bawah GLCT) ialah pada tahap 14 peratus daripada keseluruhan aset G20 pada 2004 dan 23 peratus pada 2010.

"Dari segi pendapatan G20 pula, sumbangan luar negara adalah sebanyak 25 peratus daripada keseluruhan G20 pada tahun 2004 dan 31 peratus pada tahun 2010," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan