Terowong SMART Ditutup Lebih Tiga Jam Kerana Hujan Lebat

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas lebih tiga jam mulai pukul 4.35 petang berikutan hujan lebat di ibu negara Selasa.

Penutupan itu dilakukan oleh Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) Terowong SMART bagi membolehkan penyalurkan air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di pusat bandar raya.

Bagaimanapun, terowong itu dibuka semula pada pukul 8 malam.

Hujan lebat bermula dari pukul 3.15 petang dan berhenti sepenuhnya pada pukul 7.20 malam sehingga menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan tinggi terutamanya di kawasan tadahan Sungai Bunus dan di hulu kawasan tadahan Sungai Klang.

MCC dalam kenyataan berkata stesen yang memberi bacaan tinggi ialah Stesen Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang (141mm), Stesen Sungai Klang di Jalan AU 3/1 (90mm), Stesen Sungai Kerayong di Jalan Kuari (90.5mm) dan Stesen Sungai Klang di Jalan AU 5C/6 (65mm).

"Hujan lebat di kawasan tadahan SMART telah mengakibatkan paras air di Sungai Klang dan Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter.

"Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada masa lalu sebelum wujudnya Terowong SMART," katanya.

MCC berkata banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya pula disebabkan kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan