Tarif Air Di Perak Terletak Sepenuhnya Di bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tarif air di negeri terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa dan keputusan kerajaan negeri walaupun selepas terjalinnya perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan Syarikat Pengurusan Air Berhad (PAAB).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, PAAB tidak akan campur tangan berhubung kadar tarif air yang ditetapkan.

"Terma itu adalah antara isu penting yang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan syarikat itu yang dijangka dapat diselesaikan awal tahun depan. Rundingan kini di peringkat akhir dan pada masa ini kedua-dua pihak sedang menyelesaikan sedikit-sebanyak terma yang perlu dipersetujui dan kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju dan berpuas hati dengan terma perjanjian dan penjelasan yang diberikan oleh PAAB," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco hari ini.

Zambry menjelaskan, kerajaan negeri mahu memastikan agar perjanjian migrasi aset antara kedua-dua pihak menjadi perjanjian yang terbaik dan syarikat berkenaan juga telah memberi taklimat terperinci berkaitan terma dan syarat yang mana telah dipersetujui.

Katanya, wakil PAAB juga telah berjumpa dan menjelaskan bahawa syarikat terbabit tidak akan campur tangan dalam urusan akaun sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, perjanjian migrasi itu kelak akan memberi keuntungan dari kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu tahunan kepada kerajaan negeri.

Sebelum ini, katanya, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang hasil daripada bayaran premium tanah dan cukai pintu walaupun kerajaan negeri memperuntukkan tanah kepada Lembaga Air Perak (LAP).

Melalui perjanjian migrasi itu, hutang kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berjumlah RM970.59 juta akan berkurangan kepada RM78.66 juta.

Beliau yang juga Pengerusi LAP berkata, walaupun migrasi aset akan berlaku, sumber air dan keuntungan yang diperolehi LAP tidak akan diusik oleh PAAB.

"Ini bukan kita jual LAP...keuntungan air negeri ini sebanyak RM100 juta tetap kita punya, cuma aset-aset pengurusan itu saja umpamanya nak buat empangan baru dimana memerlukan pinjaman bank yang lebih tinggi maka kerajaan Persekutuan menggunakan pendekatan mewujudkan PAAB bagi memberikan pinjaman itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan