Raja Muda Perlis Minta Ahli Akademik Perbanyakkan Penyelidikan

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu ahli akademik memperbanyakkan penyelidikan yang berupaya menawarkan penyelesaian konkrit dan bukan bersifat retorik semata-mata.

Baginda berharap ahli akademik akan mengambil sikap berhati-hati dalam menentukan titik perbezaan antara sumber penyelidikan yang berunsur cakap kosong, retorik dan realiti.

"Kejayaan negara banyak bergantung kepada kebijaksanaan golongan ahli akademik mengenal pasti permasalahan berkaitan.

"Justeru ahli bijak pandai mesti ingat bahawa peranan penting yang dimainkan sesebuah universiti itu adalah mengenal pasti jalan penyelesaian sejajar dengan matlamat untuk mewujudkan pembangunan mapan," titah baginda ketika merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Global Ketiga (GHEF) di sini Selasa.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Rujhan Mustafa dan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Omar Osman.

Seramai 358 ahli akademik dari 25 negara menghadiri forum tiga hari itu.

Mereka akan berkongsi pengetahuan dalam isu berkaitan pengukuhan peranan universiti di negara masing- masing.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah peranan institusi pengajian tinggi bukan sekadar memperluaskan jaringan kerjasama menerusi perjanjian persefahaman tetapi juga mengesyorkan penyelidikan berstruktur dan bersistematik bagi membantu negara berdepan pelbagai cabaran.

"Kita perlu bertanggungjawab kepada rakyat negara ini yang mahu melihat IPT berkembang menuju ke tahap terbaiknya dan merealisasikan fasa demi fasa Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara," titah baginda.

Pelan itu adalah satu wadah yang menjadikan negara sebagai hab bagi pendidikan tinggi di rantau Asia Pasifik selain membantu usaha kerajaan menghasilkan modal insan berkualiti.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin, pelan itu akan dapat memperkayakan inovasi dan kreativiti, memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi negara dan menjana transformasi kepemimpinan di universiti tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan