Presiden Dan PM Singapura Kirim Perutusan Tahniah Kepada Yang Di-Pertuan Agong - Berita Semasa | mStar

Presiden Dan PM Singapura Kirim Perutusan Tahniah Kepada Yang Di-Pertuan Agong

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Presiden Singapura Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengirim perutusan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mengangkat sumpah jawatan hari ini sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia.

Dalam perutusannya Tan berkata ia sesungguhnya satu peristiwa yang benar-benar bersejarah oleh kerana Seri Paduka menyandang jawatan itu buat kali kedua.

Sultan Kedah pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.

TYan berkata Singapura dan Malaysia berkongsi persahabatan yang cukup erat dan unik dan hubungan itu semakin kukuh dalam beberapa tahun ini.

"Saya yakin di bawah pemerintahan Tuanku, Malaysia akan terus makmur dan maju dan hubungan kita akan terus berkembang dan meningkat.

"Isteri saya dan saya mendoakan kesihatan dan kejayaan yang cemerlang buat Tuanku berdua," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Lee dalam perutusannya berkata: "Di bawah bimbingan dan kebijaksanaan Tuanku, saya yakin Malaysia akan terus maju dan membangun.

"Hubungan Singapura dan Malaysia amat rapat dan mesra dan saya berharap dapat memperluaskan kerjasama dua hala kita dan dalam Asean sepanjang pemerintahan Tuanku.

"Saya dan isteri menyampaikan kepada Tuanku dan Raja Permaisuri Agong salam penghormatan dan ucapan selamat maju jaya," ujar Lee. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan