PLUS Labur RM16 Juta Pasang Lampu LED

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: PLUS Expressways Berhad (PLUS) melabur RM16 juta bagi memasang lampu jalan LED di beberapa laluan sepanjang 22km di lebuh raya Linkedua di sini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, laluan terbabit adalah di antara Plaza Tol Tanjung Kupang hingga Plaza Tol Lima Kedai (Km 4 hingga Km 19) dan Jalan Tanjung Kupang hingga Plaza Tol Taman Perling (Km12.6 hingga Km23).

"Projek pemasangan lampu jalan LED itu bertujuan memberikan penduduk sekitar perjalanan yang lebih selesa pada waktu malam.

"Ia juga bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia dan Nusajaya seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat," katanya.

Teknologi LED atau 'Light Emitting Diode' lebih terang, mesra alam dan menjimatkan tenaga.

Pemasangan lampu-lampu LED itu dijangka siap sepenuhnya Jun tahun depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan