Perjuangan Pembangkang Langsung Tidak Objektif - Shafie Apdal

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Asas perjuangan parti-parti pembangkang hari ini disifatkan langsung tidak objektif kerana ia bukan bertujuan untuk membantu membangunkan negara atau pun memajukan rakyat, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, ini kerana apa yang mereka lakukan hanyalah membantah sahaja dan tidak menyokong program pembangunan atau kebajikan walaupun ia membawa kebaikan untuk rakyat dan negara.

"Bila kita bagi bantuan kepada rakyat, pembangkang kata untuk meraih undi dan macam-macam kritikan lagi tetapi tujuan utama kita bagi adalah untuk meredakan bebanan rakyat ekoran kenaikan kos hidup.

"Kali ini pula mereka tampil dengan konsep negara kebajikan tetapi kalau benar-benar sokong kebajikan, mereka sepatutnya menyokong pembentangan belanjawan 2011 itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ASM Unit Amanah Sektor Perlindungan Modal Syariah dan Program Transformasi Amanah Saham Mara Berhad (ASMB) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan mengenai usaha-usaha pembangkang untuk mengaburi mata masyarakat terutamanya konsep negara kebajikan.

Mohd Shafie, yang juga Naib Presiden Umno berkata, diharapkan setiap lapisan rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan dan dakyah parti pembangkang itu kerana apa yang dilakukan mereka hanya sekadar untuk meraih undi dan simpati rakyat sahaja.

Sebaliknya rakyat perlu sedar dan matang untuk menilai apa yang dilakukan kerajaan yang berusaha meringankan bebanan rakyat dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kenaikan kos hidup, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan