Pengundi Realiti Baru Penentu PRU 13

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata undi penentu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan ditentukan golongan yang dipanggil 'pengundi realiti baru'.

Saifuddin, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya bergantung kepada golongan itu kerana tidak cukup undi untuk menubuhkan kerajaan.

Bercakap pada wacana bertajuk 'PRU 13 Undi Siapa Jadi Penentu' di sini pada Selasa, beliau berkata golongan pengundi baru itu lahir daripada realiti dalam masyarakat, dan mereka merupakan kelompok yang menggunakan media baru bukan sekadar untuk berkomunikasi malah berkongsi serta beroperasi dengan menjadikan media online sebagai gaya hidup.

Kelompok pengundi itu juga membentuk kumpulan tidak rasmi yang longgar ikatan sesama mereka, tetapi berpaut antara satu sama lain dan mengeluarkan idea atau pemikiran serta bertindak secara antibirokrasi, katanya yang menjadi anggota panel wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Saifuddin juga berkata pengundi realiti baru itu memahami politik dan demokrasi bukan hanya berkisar kepada pilihan raya atau menjadi wakil rakyat yang baik untuk BN mahupun Pakatan Rakyat, malah mereka inginkan penglibatan orang muda, pekerja termasuk golongan profesional, media serta mahasiswa dalam proses demokrasi.

Biarpun sendirian di pentas wacana dan berdepan khalayak di auditorium yang majoritinya penyokong pembangkang, Saifuddin berkata BN masih berpeluang cerah untuk memenangi PRU 13.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, mereka yang membuat undi protes terhadap BN pada 2008, sudah kembali menyokong parti itu.

"Saya rasa sebahagian besar daripada mereka boleh menerima bahawa BN komited dan serius melakukan perubahan menerusi transformasi kerajaan dan transfromasi ekonomi serta transfromasi politik yang digerakkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak)," katanya.

Turut menganggotai panel wacana itu ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Lim pula berkata kunci kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada penguasaan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Katanya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menguasai satu pertiga atau 25 daripada kerusi Parlimen di Sabah dan 31 di Sarawak, agak sukar bagi mereka menawan Putrajaya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan