Nyamuk Toxorhynchites Dapat Kurangkan Nyamuk Aedes

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Nyamuk jenis Toxorhynchites dilihat mampu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes yang membawa ancaman demam denggi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimi Abdul Manaf, jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes, sekaligus dapat mengurangkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa ancaman denggi itu.

"Ancaman demam denggi merupakan antara ancaman terbesar penduduk dunia yang membawa kematian lebih 22,000 orang setiap tahun.

"Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia dalam usaha menangani masalah ancaman denggi dan pelepasan nyamuk jenis itu merupakan kaedah baru yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kesihatan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, Rabu.

Beliau berkata usaha itu perlu dicontohi pihak berkuasa tempatan lain.

Menurutnya nyamuk berkenaan merupakan satu kaedah baru kerana jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes.

"Ini merupakan satu usaha yang proaktif yang harus dipuji dan kita menyokong pengunaannya melalui teknik terbaru ini," katanya.

Sementara itu Pengarah Kesihatan MPSJ Dr Roslan Mohamed Hussin berkata bagi peringkat pertama pelepasan nyamuk Toxorhynchites telah mula dilakukan pada 2010 selepas mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Setakat ini, katanya pelepasan nyamuk berkenaan telah dilakukan sebanyak dua peringkat dengan 200 ekor pasang nyamuk dilepaskan pada satu peringkat.

Dr Roslan berkata hasilnya pihak MPSJ dapat mengurangkan sebanyak 70 peratus masalah denggi tahun ini di sekitar daerah berkenaan.

"Nyamuk itu tidak menghisap darah dan hanya memakan madu tumbuh-tumbuhan selain jentik-jentik nyamuk itu memakan jentik-jentik nyamuk Aedes," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan