Noor Arfa Holding Raih Anugerah Korporat Mara

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengusaha songket dan batik tersohor di Terengganu, Noor Arfa Holding Sdn Bhd, memenangi Anugerah Usahawan Mara 2011 bagi kategori korporat.

Timbalan Pengarah Mara Negeri, Mohd Tahir Mat Yusofh berkata anugerah berkenaan yang memberi pengiktirafan kepada usahawan yang cemerlang, akan menggalakkan usahawan meningkatkan usaha.

"Ini sebagai suntikan semangat kepada usahawan-usahawan Bumiputera bagi meningkatkan usaha supaya mereka terus maju pada masa akan datang," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata Noor Arfa Holding yang mempunyai kilang di Terenggnu dan Melaka telah dicalonkan oleh Mara Terengganu pada 2010 untuk kategori yang sama tetapi tidak berjaya.

Mohd Tahir berkata syarikat itu diterajui Wan Mohd Ariffin Wang Long, 55, bekas pembantu makmal Pusat Kraftangan Terengganu, dibantu isterinya Noor Hijerah Hanafiah, 54 tahun.

Noor Arfa Holding merupakan syarikat yang berjaya di Terengganu dan menerima banyak kemudahan Mara yang menjadi antara kriteria memenangi anugerah itu. Sementara itu, Mohd Tahir berkata sehingga akhir 2011, Mara berjaya melahirkan kira-kira 3,000 usahawan Bumiputera di negeri itu dan jumlah itu dijangka meningkat tahun depan.

Mara turut membantu kontraktor kelas F, E dan D dengan memperkenalkan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), di mana Mara boleh membiayai sehingga 75 peratus daripada nilai atau harga kontrak kerja kontraktor-kontraktor berkenaan.

Tempoh kelulusan dan pengeluaran wang adalah tiga hari dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Mara.

Mohd Tahir berkata Mara mengeluarkan keseluruhan jumlah pembiayaan perniagaan melebihi RM27.558 juta kepada usahawan dan untuk SPiKE, Mara mengeluarkan pembiayaan RM18.317 juta di Terengganu.

Mohd Tahir berkata pada ketika ini, Mara masih mengekalkan kemudahan sedia ada seperti kemudahan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (3P) serta kemudahan dalam urusan latihan keusahawanan. - BERNAMA

Mohd Tahir berkata program terbaharu Mara ialah Program UK Dinamik selain Skim Pembiayaan SPiKE bagi meningkatkan pendapatan kumpulan usahawan kecil dari kalangan penjaja dan peniaga kecil.

"Ini selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada masa akan datang," katanya.

Program UK Dinamik itu menawarkan Skim "Al-Ghardul Hassan" pembiayaan Islam berkonsepkan kebajikan tanpa caj keuntungan di samping pakej bimbingan, perundingan dan pemasaran.

Pembiayaan maksimum adalah sehingga RM10,000 tanpa keuntungan, contohnya sekiranya usahawan meminjam RM5,000 maka usahawan berkenaan hanya membayar sebanyak RM5,000 sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan