Mohd Ali Rustam Akan Rasmi Perhimpunan Agung MAYC Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Jumaat ini.

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada pukul 8 malam di Ayer Keroh D'Village, Melaka yang akan dihadiri 1,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara namun tiada pemilihan pada mesyuarat agung tersebut, kata MAYC dalam satu kenyataan hari ini.

Notis dan jemputan telah dikeluarkan Setiausaha Agung MAYC Kebangsaan Mohd Hasri Mohd Hadzir hari ini namun sekiranya terdapat ahli yang mempunyai masalah termasuk tidak mendapat jemputan diminta menghubungi Ibu Pejabat MAYC Kebangsaan atau terus ke Mesyuarat Agung Tahunan.

Menurut kenyataan itu sebanyak 62 kelab telah berjaya ditubuh dan dilulus untuk bergabung dengan MAYC Kebangsaan sejak persatuan tersebut diteraju oleh Mustafa Mat Arof yang telah disahkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bulan lepas.

"Pendaftaran gabungan keahlian akan dibuka pada mesyuarat kali ini selaras dengan dasar MAYC yang tidak pernah menyekat mana-mana pihak untuk bergabung," tambah kenyataan itu.

Sempena mesyuarat tersebut MAYC akan menganugerahkan Pingat Jasa Cemerlang kepada veteran MAYC yang telah banyak menyumbang jasa terhadap persatuan serta pemberian sijil kepujian kepada ahli yang cemerlang di peringkat masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan