Majlis Peguam Sambut Baik Penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang Bebas

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pengumuman oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong bahawa masanya sudah tiba bagi kerajaan menubuhkan suruhanjaya pembaharuan undang-undang bebas yang bertanggungjawab menyemak semula, merangka dan menjadikan undang-undang lebih moden, adil serta efisien.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, majlis itu bersedia membantu dan melaksanakan peranan yang aktif dalam proses membentuk serta menyertai suruhanjaya pembaharuan undang-undang itu yang telah lama tertangguh.

"Isu pembaharuan undang-undang terlalu penting dan mendesak untuk dijadikan sebagai gimik politik dalam usaha meraih undi dan mendapatkan sokongan pengundi," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Lim berkata, Malaysia hanya perlu melihat kepada Suruhanjaya Undang-undang New South Wales di Australia, Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang Australia dan Suruhanjaya Undang-undang Inggeris bagi contoh undang-undang serta penubuhannya.

Badan Peguam Malaysia turut menyambut baik cadangan komposisi suruhanjaya itu yang akan dianggotai hakim mahkamah persekutuan yang telahpun bersara atau masih berkhidmat; profesor undang-undang atau pakar dalam bidang undang-undang yang telahpun bersara atau masih berkhidmat; peguam kanan dan berkelayakan selain anggota kanan masyarakat madani. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan