Kerajaan Sasar Wujudkan Persekitaran Kompetitif Untuk Perniagaan

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasar untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif untuk sektor swasta berkembang maju melalui liberalisasi yang lebih luas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata untuk menjadikan sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan baru, perniagaan perlu terbuka, telus dan pengawasan ekonomi yang adil.

"Memandangkan Malaysia berusaha ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, peranan usahawan dalam perjalanan ini berkembang dengan ketara.

"Usahawan dan sektor swasta mempunyai kesan besar kepada inovasi, kemajuan dan ekonomi negara," kata beliau dalam ucapannya pada majlis anugerah Ernst & Young Entrepreneur (EOY) 2011 di sini Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menyediakan dalam beberapa inisiatif bagi memastikan Malaysia berada pada landasan yang betul, dengan pengenalan dan pelaksanaan dasar-dasar yang mesra perniagaan.

Pada Oktober tahun ini, beliau berkata, Perdana Menteri mengumumkan 17 sub-sektor perkhidmatan yang akan diliberalisasi selain daripada 27 yang diumumkan tahun lepas, yang menunjukkan ekonomi menjadi yang paling terbuka, dengan hampir setiap sub-sektor ini membenarkan 100 peratus ekuiti asing.

"Di samping itu, kita baru-baru ini menggubal Akta Persaingan 2010 dan melantik Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk menggalakkan persaingan dan perdagangan adil, di samping menghapuskan amalan monopoli dan kartel.

"Dengan berbuat demikian, kita akan mengukuhkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia dan menyediakan tahap yang lebih saksama untuk pelabur-pelabur asing," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memainkan peranannya dalam membantu mewujudkan persekitaran yang menarik dan kondusif bagi orang-orang untuk melabur, bekerja dan menjalani kehidupan.

MMalaysia juga akan terus berusaha untuk memudahkan serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

"Dari segi modal insan, kerajaan akan terus menyediakan langkah yang tepat bagi memastikan industri mempunyai akses kepada kumpulan rakyat Malaysia yang berkelayakan dan mahir," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan juga akan meneruskan dasar-dasar yang mewujudkan persekitaran di mana usahawan tidak hanya hidup, tetapi berkembang maju.

"Malaysia mengiktiraf fungsi kritikal usahawan dalam membangunkan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan pewujudan kekayaan," kata beliau.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd Tan Sri Liew Kee Sin merangkul anugerah terbaik Ernst & Young Entrepreneur 2011.

Liew juga memenangi anugerah terbaik Master Entrepreneur 2011 dan akan mewakili Malaysia pada anugerah tahunan E&Y World Entrepreneur (WEOY) di Monte Carlo, Monaco tahun depan.

Anugerah E&Y Emerging Entrepreneur 2011 diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes Network Sdn Bhd Chan Kee Siak, manakala Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden ViTrox Corp Bhd Chu Jenn Weng mendapat anugerah Usahawan Teknologi 2011.

Usahawan Wanita 2011 dimenangi oleh Pengerusi/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Help International Corp Bhd Datin Chan-Low Kam Yoke. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan