Bekas Timbalan Menteri Saran Pengumuman Dalam Bahasa Tamil Di KLIA

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan menteri hari ini menyeru agar kerajaan mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak menggunakan bahasa Tamil dalam pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi kemudahan pelancong dari India.

Datuk T. Murugiah, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata ia merupakan satu keperluan memandangkan jumlah pelawat dari negara itu semakin ramai mengunjungi negara ini.

Katanya sekiranya bahasa Tamil digunakan ketika membuat pengumuman di KLIA ia juga dianggap sebagai menghormati kedatangan pelancong India yang kebanyakannya adalah ahli perniagaan.

Murugiah mengulas kenyataan Kementerian Pengangkutan semalam yang menyatakan kerajaan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

Buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin manakala bahasa Arab dan Jepun dibuat mengikut musim tertentu sahaja.

Murugiah berkata keputusan kementerian itu tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang giat dipromosikan oleh kerajaan.

"Saya juga menyarankan agar bahasa Tamil digunakan di papan tanda di KLIA sebagai pengiktirafan kepada 1.8 juta kaum India di Malaysia, komuniti ketiga terbesar di negara ini," tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan