Banjir Kilat Hari Kedua Berturut-turut Di Bandaraya

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat petang ini menyebabkan beberapa batang jalan di bandaraya sekali lagi mengalami banjir kilat sehingga berlaku kesesakan, namun ia tidak seburuk semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya difahamkan berlaku banjir kilat di Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail dan tempat letak kereta di Bukit Bintang namun keadaan adalah terkawal dan pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

Beliau berkata pada lewat petang pihaknya menerima laporan berhubung Jalan Brunei, di Pudu dinaiki air.

"Kita terima panggilan kira-kira pukul 6.15 petang ini dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Jalan Hang Tuah telah digerakkan ke situ.

"Namun keadaan terkawal dan anggota bomba beredar 45 minit kemudian" katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan