51 Permohonan Guna Dana TP-1Malaysia Diluluskan

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima puluh satu projek pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah swasta di ibu negara kini akan melalui proses penyelenggaraan dan baik pulih melibatkan kos kira-kira RM30.7 juta dari dana Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP-1Malaysia).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Jawatankuasa Penyelarasan dan Pengurusan TP-1Malaysia meluluskan 51 permohonan Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta persatuan penduduk pangsapuri untuk menggunakan dana itu sehingga Disember ini.

Ia melibatkan 34 projek perumahan kos rendah swasta manakala 17 lagi perumahan kos sederhana rendah swasta, katanya ketika melancarkan majlis penyempurnaan kerja mengecat Flat Taman Mulia di sini pada Selasa.

"Di samping kerja mengecat bangunan kediaman, turut dijalankan kerja penyelenggaraan lif, pembaikan jeriji di kaki lima, membaiki pintu serta saluran tong sampah dan pelbagai kerosakan umum yang lain," katanya.

Raja Nong Chik berkata jumlah itu diluluskan daripada 71 permohonan yang diterima Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sejak TP-1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari 2010.

Beliau berkata setakat ini, enam projek telah siap dilaksanakan dan melibatkan kos keseluruhan RM1.9 juta.

Raja Nong Chik berkata walaupun terdapat halangan sepanjang proses itu seperti kelewatan penerimaan sumbangan daripada penduduk, namun kementerian komited untuk memastikan usaha murni ini dapat diteruskan.

"Projek ini didokong bersama penghuni flat dan kerajaan dengan pecahan peruntukan sebanyak 20 peratus daripada penduduk dan 80 peratus daripada kerajaan.

"Ini bertujuan menjamin keadaan (flat dan rumah yang dibaik pulih) dapat dipertahankan dengan melibatkan sumbangan daripada penduduk bagi menjamin mereka tidak akan lepas tangan serta lebih menghargai kemudahan yang mereka miliki," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan