Umno, BN Tidak Paksa Wakil Rakyatnya Lepas Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak memaksa mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga anggota Parlimen parti itu untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan mereka.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata apabila perkara itu berlaku sebenarnya ia memberikan ruang kepada pemimpin lain untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.

"Ini bukan kerana mereka tidak baik dan mengambil contoh ADUN Bukit Naning Datuk Abdullah Md Ali yang mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang semalam.

"Saya kenal Datuk Abdullah ini yang merupakan seorang yang rajin dan dia masih lagi bertenaga walaupun umurnya 68 tahun. Tapi kerana beliau berhasrat, ini memberi peluang kepada orang lain kerana itu kita rakamkan ucapan banyak terima kasih," katanya kepada pemberita mengulas pengumuman Abdullah itu.

Beliau sebelum itu merasmikan Konvensyen Transformasi Belia Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini, Selasa.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau menghargai pengakuan seorang anggota parti yang lama berkhidmat dan banyak pengalaman seperti Abdullah bagi melepaskan kerusi itu untuk diberikan pada orang lain yang boleh menang.

"Sebenarnya ini susulan sebagaimana semangat hasil daripada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini dan itu adalah di antara semangat yang dicetus tanpa kita paksa...kita tidak paksa dan tidak pernah paksa.

"Tapi kepada sesiapa yang berhasrat untuk berbuat demikian, kita dah dengar hasrat itu di beberapa tempat seperti MCA negeri Johor juga ada dua tiga orang telah menyatakan hasrat mereka begitu dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menyatakan hasrat beliau dan juga ada seorang Anggota Parlimen di Pahang juga menyatakan hasrat begitu.

"Mungkin ada juga di kalangan mereka yang telah menyatakan secara bertulis kepada pucuk pimpinan, itu kita tidak tahu. Tapi yang kita tahu yang dimaklumkan kepada orang ramai," katanya.

Mengulas perkara itu, Ahmad berkata ada orang bertanya kepadanya berhubung kriteria calon boleh menang ini.

"Dia sebenarnya tidak kira umur, jawatan, pendidikan dan sebagainya. Kalau kita melihat pemilihan calon BN pada pilihan raya kecil yang kita menang, di Tenang misalnya seorang Penolong Pegawai Daerah, di Galas seorang lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setiausaha bahagian tapi dia bekerja di situ sudah lama, di Batu Sapi adalah isteri kepada mendiang yang meninggal dunia kerana kemalangan dan di Kerdau pula misalnya seorang lulusan Universiti Al-Azhar dan anak tempatan yang masih muda.

"Kalau kita boleh melihat calon-calon yang menang itu di antara kriterianya bererti kita tidak ada tetapkan kriteria.....yang penting sekali kita letak orang (calon) itu boleh menang. Kita ada ramai calon boleh menang tetapi yang kita hendak ialah calon boleh menang yang terbaik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan