Tidak Ada Rancangan Pengumuman Dalam Bahasa Tamil Di KLIA

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan tidak ada perancangan membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menterinya, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kementerian itu mendapati tidak ada keperluan untuk membuat pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA kerana penumpang yang datang dari India bertutur dalam pelbagai bahasa ibunda.

"Selain Tamil, penumpang dari India turut bertutur dalam bahasa Hindi, Urdu, Malayalam, Telugu dan lain-lain lagi," katanya pada sesi soal jawab persidangan itu di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang ingin tahu sama ada kementerian itu ada perancangan untuk melaksanakan pengumuman dalam Bahasa Tamil di KLIA.

Abdul Rahim berkata kebanyakkan penumpang dari India juga adalah fasih dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua terpenting di negara berkenaan dan buat masa ini pengumuman di KLIA dibuat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Pengumuman dalam Bahasa Arab dan Jepun pula dibuat mengikut musim tertentu sahaja, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan