Pemimpin Umno Harus Jujur Kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi: Johari Baharom

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Anggota Umno, khususnya pemimpin peringkat bahagian perlu jujur kepada pucuk pimpinan tertinggi parti, jika ingin melihat Umno mendapat sokongan majoriti orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Umno Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata andai pemimpin terbabit membuang sikap pentingkan diri dan insaf, tidak sukar untuk parti itu meraih kembali sokongan Melayu.

"Umno sebenarnya tidak lemah. Ia mampu hadapi apa saja parti tetapi kerana orang Melayu tidak bersatu dan masalah remeh serta dalaman di peringkat bahagian menjadikan Umno lemah.

"Ahli parti lawan sebaliknya tidak mendedahkan moral tidak baik pemimpin mereka yang boleh menjejaskan parti, malah mempertahankan mereka habis-habisan tetapi orang-orang Umno tidak mempunyai sikap begitu," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Mohd Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, berkata peringatan yang dibuat berulang kali oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya dipegang anggota Umno.

Namun, kata beliau apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerana semangat berkobar-kobar itu pudar selepas perhimpunan agung parti selesai.

"Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah berkata kepada saya, ahli-ahli Umno selalu memuji ucapan dasar Presiden sebagai terbaik dan bersemangat, namun semangat berkobar-kobar mereka hilang sebaik perhimpunan selesai," katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada kedua-dua bekas perdana menteri itu.

Katanya pilihan raya umum akan datang ini bakal menjadi paling sengit kerana Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan parti pembangkang yang mempunyai kekuatan daripada segi kewangan dan logistik, selain menguasai empat negeri.

Justeru katanya, sudah tiba masanya semua pemimpin meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri dan akur dengan keputusan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon pada pilihan raya umum itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan