Minyak Masak Kitar Semula Berbahaya Untuk Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Minyak masak yang dijual dalam bungkusan 1 kilogram (kg) di pasaran mungkin dikitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.

Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.

Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.

Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.

Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland menghadkan 27 peratus.

Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.

"Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses dan didedahkan kepada haba tinggi.

"Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak," katanya kepada The Star.

Ratna Devi percaya, minyak masak tersebut telah dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan enjin diesel.

Katanya, minyak itu cukup popular di kalangan pengguna kerana harganya yang murah.

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan restoran di Klang Valley menggunakan minyak masak tersebut.

Ratna yang juga berpengalaman dalam sains makanan berkata, minyak masak kitar semula itu turut digunakan dalam pemakanan haiwan.

Bulan lalu, pihak berkuasa China menguatkuasakan tindakan mengumpul minyak masak terpakai dan hanya membenarkan pihak yang dibenarkan untuk mengumpul dan memindahkan bahan terpakai itu dari dapur restoran di negara berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan