Mangsa Banjir Di Pahang Cecah 3,000 Orang

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua daerah di Pahang meningkat kepada 2,894 orang pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, daerah Kuantan mencatatkan seramai 2,414 mangsa banjir melibatkan 716 keluarga.

"Sebanyak 21 buah kampung di Kuantan terbabit banjir dan semua mangsa ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Di daerah Rompin, seramai 480 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah itu, katanya.

Beliau berkata banjir di daerah itu melibatkan enam buah kampung dan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan