Keluarga Zulkapli Bangga Dapat Berkhidmat Dengan Sultan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-pertuan Agong bagi kali kedua, amat bermakna kepada bekas operator telefon Istana Negara di Kuala Lumpur, Zulkapli Othman dan juga keluarganya.

Malah membawa kembali kenangan manis buat dirinya dan keluarga beliau yang pernah berkhidmat dengan Tuanku Abdul Halim semasa baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975.

Zulkapli, 55, dari Alor Gunung, Pumpong dekat sini berkata pada masa itu beliau berumur 18 tahun dan masih belajar, telah bertugas sebagai operator telefon bagi syif malam iaitu dari pukul 10 malam hingga 7 pagi selama dua tahun dari 1973 hingga 1975.

Sementara arwah ayahnya pula, Othman Ismail merupakan pekerja Istana Kedah yang dibawa oleh baginda ke Istana Negara untuk menguruskan mengenai pakaian protokol baginda semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Arwah neneknya pula Jamaliah Awang yang bertugas sebagai tukang masak di Istana Kedah turut dibawa ke Istana Negara untuk penyediaan santapan Raja, katanya kepada Bernama di sini.

Zulkapli berkata bagaimanapun neneknya meninggal dunia setelah bertugas dua tahun di Istana Negara.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengingati dengan jelas tarikh kematian neneknya itu.

"Pada ketika itu, saya masih menuntut di sebuah sekolah swasta di Brickfields, Kuala Lumpur dan memilih untuk bertugas pada waktu malam bagi membolehkan saya dapat belajar pada waktu siang," katanya. Beliau berkata antara tugasnya ialah menyambung panggilan telefon dari luar serta menerima panggilan daripada baginda untuk disambungkan kepada orang tertentu seperti pemimpin negara.

Katanya, ketika mula bekerja beliau agak takut serta gementar untuk menyampaikan pesanan panggilan telefon kepada baginda jika Tuanku tidak dapat dihubungi, tetapi akhirnya terbiasa dan hilang rasa kekok dan dapat melaksanakan tugas itu dengan baik.

"Walaupun hanya bekerja selama dua tahun, tetapi banyak kenangan bermakna saya kecapi ketika bertugas di bawah pentadbiran Tuanku Abdul Halim," katanya.

Zulkapli, yang kembali ke Kedah pada 1975 dan bertugas sebagai kerani rendah di Wisma Negeri, kini adalah Ketua Pembantu Tadbir di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini.

Sementara ayahnya yang mula bekerja di Istana Kedah sejak pemerintahan Sultan Kedah ke-26 iaitu Almarhum Sultan Badlishah Sultan Abdul Hamid, iaitu ayahanda Tuanku Abdul Halim, telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Istana Kedah selepas baginda kembali ke Kedah setelah tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1975.

Beliau berkata ayahnya meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 74 tahun akibat sakit tua.

Pelantikan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi dirinya serta keluarga beliau kerana berkesempatan untuk bersama melihat baginda ditabalkan sekali lagi, katanya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan