Kejayaan Lima Dari Sokongan Media

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) yang berlangsung baru-baru ini adalah hasil sokongan pihak media yang berterusan.

Berikutan kejayaan tersebut, pameran itu juga telah disenaraikan dalam "Guinness Book of Records" sebagai pameran udara terbesar sejak 1991.

"Sumbangan liputan media telah berikan sambutan yang baik kepada Lima... bukan sahaja pada penduduk tempatan tetapi juga pada pelawat asing," katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi 1Mindef untuk meraikan media di sini malam Isnin.

Beliau mengakui liputan yang diberikan media sangat luar biasa yang memerlukan komitmen termasuk dari rakan-rakan media sosial.

"Ini termasuk liputan mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (naik kapal selam)," katanya.

Ahmad Zahid berkata pameran kali ini juga mencipta rekod penyertaan media yang ramai iaitu seramai 353 orang.

"Saya berharap Lima 2013 dan juga Persidangan dan Pameran Perkhidmatan (DSA) pada April depan mendapat kerjasama yang berterusan dari pihak media," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan