Hujan Di Pahang, Johor Berlarutan Hingga Esok

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dan lebat, yang berlaku di beberapa daerah di Pahang dan Johor, berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu pada Selasa, keadaan tersebut boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah.

Antara daerah yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Pekan serta Rompin manakala di Johor, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, angin kencang timur laut berkelajuan 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Condore, North dan South Reef, Layang-layang dan Palawan, dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Kenyataan itu juga menyebut kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan