Datuk Abdullah Umum Tidak Bertanding PRU 13

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning Datuk Abdullah Md Ali pada Isnin, mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ahli politik veteran berusia 68 tahun menjadi wakil rakyat pertama di Johor yang menyahut seruan pucuk pimpinan UMNO untuk memberi laluan kepada calon-calon muda.

"Saya bersedia melepaskan kerusi DUN ini kerana ia adalah kerusi yang selamat bagi BN dan yakin ia boleh dimenangi oleh pengganti saya pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Abdullah, yang menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sejak pilihan raya umum 2004, berharap calon yang dikemukakan nanti bukan sahaja boleh menang di kawasan mudah tetapi boleh menang di kawasan lain juga.

Pada pilihan raya umum 2004, Abdullah mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kusni Simoh dengan majoriti 6,334 undi.

Beliau mengekalkan kerusi DUN tersebut dengan mengalahkan calon PKR, Elias Shamsir dengan majoriti 2,895 undi pada pilihan raya umum 2008.

Karier politik Abdullah bermula apabila beliau mengalahkan Datuk Dr Haris Salleh bagi jawatan Ketua UMNO bahagian Bakri pada pemilihan bahagian pada tahun 2004 dengan majoriti 22 undi.

Beliau gagal mempertahankan jawatan ketua bahagian itu apabila kalah kepada Datuk Saipolbahri Shuib semasa pemilihan UMNO bahagian pada 2008 dengan majoriti 113 undi.

"Saya gembira sepanjang berhidmat selama dua penggal sebagai wakil wakyat, sekurang-kurangnya saya telah berjaya meningkatkan kemudahan asas termasuk masjid dan surau serta jalan-jalan kampung ke tahap lebih baik," katanya.

Beliau berharap, penggantinya kelak akan dapat meneruskan tanggungjawab bagi memberi keselesaan hidup rakyat di kawasan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan