Boeing Tawar Hingga 330 Minit ETOPS Pada 777

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Boeing menerima kelulusan reka bentuk daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat untuk operasi lanjutan sehingga 330 minit (ETOPS) bagi pesawat 777.

Kelulusan itu membolehkan para pelanggan 777 yang membeli atau yang sudah menggunakan model 777-300ER, 777-200LR, 777 Freighter dan 777-200ER, yang dilengkapi enjin General Electric, terbang sehingga 330 minit dari lapangan terbang.

FAA dijangka meluluskan pesawat 777-200ER yang menggunakan enjin Rolls-Royce dan Pratt & Whitney, dalam tempoh beberapa bulan.

"Jet enjin kembar Boeing telah melakukan penerbangan melebihi tujuh juta penerbangan ETOPS sejak 1985, dan lebih daripada 120 operator Boeing beroperasi lebih daripada 50,000 ETOPS setiap bulan," kata Naib Presiden dan Pengurus Besar program 777, Larry Loftis dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Ini merupakan kesinambungan logik prinsip perkhidmatan Boeing. Penumpang mahu meminimumkan keseluruhan masa perjalanan. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah itu," katanya.

Syarikat penerbangan pertama yang membeli opsyen ETOPS baharu itu ialah Air New Zealand. Air New Zealand melengkapkan penerbangan 240 ETOPS pertama bulan ini dari Los Angeles ke Auckland, New Zealand.

"Kini pesawat boleh terbang menggunakan laluan yang lebih lurus antara bandar raya, dan ia baik untuk alam sekitar," kata Ketua Juruterbang Air New Zealand, Kapten David Morgan.

"Kurang bekalan api digunakan dan kurang pelepasan karbon dioksida dilepaskan ke udara. Ia juga baik untuk penumpang memandangkan penerbangan lebih pendek dan mereka boleh sampai ke destinasi lebih cepat," katany.

Kelulusan FAA itu membolehan syarikat penerbangan yang beroperasi pada laluan di Pasifik Selatan melalui Kutub Utara, dan dari Australia ke Amerika Selatan dan selatan Afrika, beroperasi pada laluan terus.

Kini semakin banyak operator menawarkan perkhidmatan ETOPS kepada pelanggan.

Sebagai contoh, 93 peratus 777, 50 peratus 767 dan 33 peratus daripada operator 757 menggunakan laluan ETOPS. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan