Auku 1971: Draf Pindaan Dijangka Dibentang Di Parlimen Mac Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Draf pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kementerian, melalui Jawatankuasa Pindaan Auku, akan mendapatkan pandangan menyeluruh daripada pihak universiti berhubung cadangan pindaan kepada Seksyen 15 Auku 1971 itu sebelum draf tersebut disiapkan sebelum akhir bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata jawatankuasa ini bertujuan mendapatkan pandangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan akan melihat Auku secara keseluruhan berikutan cadangan meminda Seksyen 15 bagi memastikan seksyen lain di dalam Auku adalah selari dengan cadangan pindaan.

Langkah itu, katanya, bagi memastikan pindaan Auku adalah selaras dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10 mengenai hak-hak bersuara, berpersatuan dan berkumpulan secara aman.

Seksyen 15 Auku 1971 menyebut pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor.

"Saya difahamkan, beberapa sesi perbincangan akan diadakan seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 18 Disember, MPP Universiti Sains Malaysia pada 20 Disember selain perbincangan meja bulat yang melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Saya percaya banyak lagi sesi perbincangan akan dilakukan di universiti," kata Mohamed Khaled.

Jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli akademik dari pelbagai universiti itu dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Oleh itu, Mohamed Khaled berkata semua universiti melalui mahasiswa dan ahli akademik hendaklah mengadakan perbincangan dan keputusan boleh dikemukakan kepada jawatankuasa ini melalui sesi perjumpaan atau penggunaan media sosial.

Beliau berkata kerajaan telah bersetuju untuk meminda Auku dengan menekankan kepada dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus dan mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan