Anggota Dewan Negara Kesal Tidak Dapat Hadir Upacara Yang di-Pertuan Agong Di Dataran Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 13 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Negara melahirkan rasa kesal kerana tidak diberi peluang menghadiri istiadat keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen pada Isnin.

Justeru itu, Senator Mumtaz Md Nawi menegur dan meminta pihak Parlimen memberikan penjelasan berhubung perkara itu kerana tidak memperuntukkan masa supaya anggota Dewan Negara dapat menyertai upacara itu.

"Selaku dua Dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) yang mewakili Duli Yang Maha Mulia dalam sistem pemerintahan negara, saya meminta penjelasan dari pihak Parlimen kenapa kita tidak boleh memanjangkan masa dan takwim Dewan Negara agar anggota Dewan Negara dapat memberi penghormatan kepada Seri Paduka Baginda berdua," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Negara di sini.

Apa yang berlaku pagi ini ialah apabila anggota Dewan Negara yang bersidang tidak berpeluang menyertai majlis di Dataran Parlimen bagi upacara rasmi keberangkatan pulang baginda berdua ke Terengganu hari ini, kata Mumtaz.

"Saya berharap perkara ini diambil perhatian (memberi masa untuk menyertai upacara rasmi) kerana peristiwa ini berlaku lima tahun sekali dan upacara ini sangat penting," katanya.

Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang juga tidak dapat menyertai majlis itu berkata anggota Dewan Negara sepatutnya diberi peluang dan masa tanpa mengira fahaman politik untuk menghadiri upacara seumpama itu.

"Saya pun tak faham kenapa kami (anggota Dewan Negara) tak diberi masa untuk melakukan demikian sedangkan upacara tersebut berlangsung di dalam kawasan Parlimen," katanya kepada Bernama di lobi Dewan Negara.

Justeru itu, beliau berharap Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara akan mempertimbangkan agar anggota Dewan Negara diberi masa untuk menghadiri upacara majlis sambutan meraikan Yang Dipertuan Agong ke-14 pagi Selasa.

Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula berkata anggota Dewan Negara perlu memberi penghormatan kepada Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan menghadiri upacara rasmi seperti itu kerana ia berlangsung sekali sahaja dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu, beliau juga turut berharap dapat hadir pada majlis sambutan menyambut Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Haminah Hamidun pada upacara rasmi di Dataran Parlimen, Selasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan