PM Lancar Johor Premium Outlets

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Johor Premium Outlets (JPO), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad dianggarkan dapat menarik tiga juta pengunjung pada tahun pertama operasinya.

Perdana Menteri yang membuat unjuran berkenaan, yakin outlet berkenaan bukan sahaja menyaksikan tumpuan pengguna tempatan tetapi juga pengunjung antarabangsa dari Asia Tenggara dan Timur Tengah.

"Saya pasti banyak pelancong Eropah juga akan mengambil kesempatan daripada kadar pertukaran wang yang baik dan mendapati adalah lebih ekonomi bagi mereka untuk membeli barangan mereka di sini," kata beliau pada majlis perasmian JPO di Kulaijaya, di sini Ahad.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Genting Simon Sdn Bhd yang mengusahakan JPO akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM100 juta untuk membina 60 lagi kedai, menjadikan jumlah kedai di JPO kepada 130.

JPO yang dilancarkan semalam,merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan ke-70 di seluruh dunia.'

JPO merupakan kumpulan 80 outlet jenama dan pereka yang menawarkan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari.

Genting Simon adalah anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd, yang merupakan usaha sama 50:50 antara syarikat milik Genting Plantation, Azzon Ltd dan Premium Outlets, bahagian outlet Simon Property Group.

Perdana Menteri juga mengumumkan rancangan masa depan JPO yang termasuk pembinaan taman air, pusat konvensyen dan hotel 2,000 bilik, semua dalam kawasan berkenaan.

"Saya amat teruja dengan pelaburan ini," kata Najib semasa majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Genting Group Tan Sri K.T Lim dan Presiden Premium Outlets John Klein.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012, kerajaan kata beliau, berhasrat untuk mempromosikan Malaysia sebagai syurga membeli belah di Asia dengan menyediakan barangan berjenama pada harga yang kompetitif dan percaya JPO dapat membantu memenuhi wawasan ini.

Menurut Perdana Menteri, JPO merupakan satu daripada projek pelancongan utama Malaysia di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), terletak di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata di bawah ETP, Malaysia dijangka menarik kira-kira RM1.4 trilion dalam pelaburan, mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baru dan mencapai pendapatan negara kasar sebanyak RM1.7 trilion menjelang 2020.

Daripada 131 Projek Permulaan (EPP), Perdana Menteri berkata sebanyak 72 projek telah dilaksanakan dalam masa 12 bulan lepas.

Dengan pelaburan kerajaan dalam infrastruktur lebih RM6 bilion dan meliputi kawasan lebih 2,200 kilometer persegi, Iskandar Malaysia kata beliau, merupakan projek pembangunan tunggal terbesar yang akan dilaksanan di wilayah tersebut.

Najib berkata sehingga September tahun ini, Iskandar Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan komited terkumpul sebanyak RM77.82 bilion, dengan 60 peratus daripadanya daripada pelabur domestik manakala baki 40 peratus dari seberang laut.

"Saya gembira untuk menyatakan yang kita menjangka pelaburan tambahan dari China, Korea Selatan, Jepun, India, Timur Tengah dan Amerika Utara tidak lama lagi," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan