PM Kagum Kemajuan Iskandar Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan tahap kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia dan yakin projek berkenaan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Saya kagum melihat projek-projek di Iskandar Malaysia yang sedang dilaksanakan, menyakinkan saya kawasan ini akan maju dan mencapai sasaran yang ditetapkan," kata beliau yang dibawa menaiki helikopter meninjau pembangunan wilayah berkenaan pada Ahad.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis ulangtahun kelima Iskandar Malaysia di Puteri Harbour, Nusajaya di sini, beliau berkata, semua projek yang diumumkan sedang dalam peringkat perlaksanaan.

Perdana Menteri turut menerima laporan lima tahun Iskandar Malaysia.

"Semua projek berjalan lancar dan dalam tempoh setahun dua ini ada banyak lagi projek yang dijangka siap," kata beliau pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Seri Azman Mokhtar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan pusat telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek-projek infrastruktur di Iskandar Malaysia setakat ini dan bersedia menambah peruntukan terbabit jika diperlukan.

Semasa ditanya mengenai kemajuan pembangunan koridor-koridor di seluruh negara, beliau berkata, dari segi keberhasilan dan keberkesanan, Iskandar Malaysia berada di hadapan.

Perdana Menteri berkata, ini disebabkan oleh beberapa faktor kewujudan Iskandar Malaysia di sebuah kawasan yang mempunyai permintaan tinggi, republik Singapura yang terletak bersebelahan, pembangunan yang berfokus serta sinergi dan komplimentari.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Singapura tentang pembangunan Iskandar Malaysia, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai perkara itu ketika mesyuarat dua hala di republik itu bulan depan.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata banyak yang telah dicapai dalam jangka masa yang singkat dengan Iskandar Malaysia telah memacu pembangunan metropolis moden di bahagian selatan Johor.

"Komitmen pelaburan sebanyak RM77 bilion setakat ini telah melepasi sasaran lima tahun sebanyak RM47 bilion," kata beliau.

Perdana Menteri berkata prospek wilayah Iskandar adalah cerah daripada sebelumnya memandangkan ia menggabungkan kekuatan sedia ada dalam pertanian, logistik dan pembuatan dengan prospek baru dalam penjagaan kesihatan dan pelancongan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan