Pertumbuhan Ekonomi Negara Hasil Keulungan Idea Kerajaan:Najib

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sehingga dapat menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini hasil daripada perancangan kepimpinan kerajaan pada hari ini yang mempunyai keulungan idea atau "supremacy of ideas", kata Perdana Menteri.

"Inilah adalah perancangan induk kita untuk negara ini.

"Inilah kejayaan kita kalau kita mempunyai kerajaan yang mempunyai kemampuan untuk merancang sesuatu dan perancangan itu berdasarkan kepada keulungan idea," katanya semasa melancarkan Projek Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA) di Lima Kedai, Gelah Patah di sini Ahad.

Menurut beliau, sebanyak 20,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi telah disediakan di Iskandar Malaysia pada masa ini.

Najib berkata dengan perubahan landskap yang semakin drastik di Iskandar Malaysia, peluang pekerjaan baru itu akan meningkat kepada 50,000 pada 2015 dan 800,000 menjelang 2025.

"Inilah kejayaan sebuah kerajaan yang dipilih saudara-saudari sekalian dan dan kita akan menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya dan akan bekerja dengan penuh semangat dan kesungguhan," katanya.

Kejayaan itu juga, katanya, adalah kerana kerajaan yang sama telah dipilih rakyat di peringkat pusat dan negeri, membuatkan kerjasama keduanya boleh bekerja dengan erat sekali sehingga membolehkan pembaharuan dan transformasi yang besar berlaku khususnya dalam pembangunan di Iskandar Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa pembangunan itu mesti mesra rakyat, bersifat inklusif dan berdasarkan keadilan sosial.

Mengenai projek perumahan itu, Najib berkata ia akan dapat memberikan kehidupan yang lebih berkualiti kepada rakyat.

Dengan kehidupan yang lebih berkualiti, Perdana Menteri yakin penduduk di situ mampu mengubah masa depan mereka ke tahap yang lebih baik.

Bernilai RM200 juta, projek itu disasarkan kepada golongan yang sudah berkeluarga dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Ia terdiri daripada 1,500 unit pangsapuri tiga dan empat tingkat dengan 10 peratus daripadanya dibina khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kediaman tersebut juga turut disediakan dengan kemudahan jalur lebar, panel tenaga suria dan pengumpulan air hujan selain selaras dengan Piawaian Mencegah Jenayah Melalui Reka bentuk Persekitaran (CPTED) bagi tujuan keselamatan dan perlindungan.

Kadar sewa dikenakan adalah antara RM360 sehingga RM560 sebulan dengan kontrak sewa diperbaharui setiap dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan