Mangsa Banjir Di Pahang Kini Lebih 800 Orang

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 871 orang setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 425 orang membabitkan 105 keluarga, diikuti Rompin 422 orang daripada 99 keluarga dan Pekan 24 orang melibatkan sembilan keluarga.

"Sebanyak tujuh pusat pemindahan dibuka di Kuantan iaitu Dewan Orang Ramai (DOR) Indera Mahkota Jaya yang menempatkan seramai 20 orang, DOR Cenderawasih (59 orang), SMK Paya Besar (80 orang), DOR Seri Damai (32), SMK Gudang Rasau (20), SK Fakih Abu Samad (192) dan Pusat Bina Insan Jaya Gading (22).

"Di Rompin empat pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Perepat (40 orang), SK Kg Janglau (161), DOR Teluk Gading (203), Balai raya Kg Sepayang (18) manakala daerah Pekan satu pusat pemindaan dibuka di Balai raya Rumbia yang menempatkan seramai 24 orang," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga meminta penduduk Pahang berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan dan paras sungai utama iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih di paras berjaga-jaga. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan