Kerajaan Bukti 1Malaysia Tiada Pilih Kasih

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: "Kerajaan telah membuktikan konsep 1Malaysia dan tiada sikap pilih kasih," tegas Pang Fat Kheng sejurus selepas menerima kunci untuk mendiami Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA) di sini Ahad.

Bukan saja beliau gembira kerana permohonannya diluluskan, malah beliau rasa bertuah menerima kunci rumah itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di tapak perumahan itu di Lima Kedai, Gelang Patah.

"Memang saya bertuah kerana bukan sahaja menjadi antara pemohon pertama yang diluluskan malah Perdana Menteri sendiri yang hadir untuk menyerahkan kunci," kata Pang dari Taman Tun Aminah, Skudai.

Pang, 41, adalah antara 10 penyewa pertama dijangka mula menduduki perumahan tersebut 15 Jan tahun depan.

Jamaluddin Mail, 40, berkata dia amat bersyukur kerana permohonannya untuk menyewa satu unit pangsapuri di situ diluluskan.

"Rumah perumahan rakyat ini jauh lebih selesa berbanding rumah yang kami sewa di Kampung Melayu Wawasan di Senai ketika ini. "Tambahan pula, tempat kerja saya terletak tidak jauh dari sini," kata bapa kepada empat anak berusia antara lima hingga 17 tahun itu.

Sementara itu seorang ibu tunggal, B.Indrani, 51, berkata dia terkejut kerana permohonannya untuk menyewa kediaman tersebut diluluskan dalam tempoh empat hari saja.

"Kini, saya dapat tinggal bersama ibu, anak lelaki serta anak perempuan saya di rumah yang lebih selesa," katanya yang bekerja di kedai bunga.

Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia bernilai RM200 juta itu menyasarkan mereka yang sudah berkeluarga dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan.

Kediaman tersebut disediakan kemudahan jalur lebar, panel tenaga suria dan pengumpulan air hujan selain selaras dengan Piawaian Mencegah Jenayah Melalui Reka bentuk Persekitaran (CPTED) bagi tujuan keselamatan dan perlindungan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan