Isu Godfather: Karpal, Ramasamy Gagal Temui Perdamaian

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Usaha perdamaian di antara Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy gagal dan kedua-dua pihak sering membidas antara satu sama lain.

Kira-kira 150 penyokong Ramasamy melakukan bantahan terhadap Karpal sambil melabelkan beliau sebagai pesara susulan ucapannya yang membidas kenyataan Ramasamy yang melabelkan beliau sebagai 'Godfather'.

Karpal menasihatkan Ramasamy supaya memohon maaf dan menjaga akhlaknya serta menghormati pemimpin veteran yang berjuang membina parti itu.

"Siapa Ramasamy?," katanya ketika berucap pada konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad.

Ucapan tersebut mengejutkan kebanyakan pemimpin tertinggi DAP yang hadir kerana menjangkakan kemelut di antara kedua-dua pihak akan berakhir selepas campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Sabtu.

Bagaimanapun, usaha tersebut tidak membawa sebarang hasil apabila sekumpulan penyokong Ramasamy menimbulkan kekecohan di atas pentas manakala Karpal membidas Ramasamy dalam ucapannya.

Sementara itu, Ramasamy menegaskan beliau tidak kesal apabila ditanya mengenai sama ada akan menarik balik kenyataan 'Godfather' yang dilemparkan terhadap Karpal.

'Saya tidak memahami perkataan mohon maaf. Saya tidak takut," katanya.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bersedia meninggalkan parti itu.

'Saya akan pulang ke Sitiawan (Perak) untuk berkumpul semula," katanya.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukan demi mempertahankan maruahnya.

Dalam ucapan terdahulunya, Karpal menuntut permohonan maaf daripada Ramasamy berhubung kenyataan beliau.

"Siapa yang tubuhkan DAP? Pemimpin veteran yang membina parti dan jangan sekali-kali lupa pengorbanan pemimpin-pemimpin ini. Pemimpin-pemimpin hari ini tidak akan menjadi pemimpin tanpa pengorbanan mereka kata," Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Karpal berkata, Ramasamy tidak boleh bertindak sesuka hati apabila menyertai DAP.

Di akhir majlis, Ramasamy berjalan menuju ke arah Karpal untuk berjabat tangan tapi kedua-duanya dilihat enggan melihat wajah masing-masing.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan