Buat Spekulasi Mengenai Kedudukan Dr Hasan Ali, Abdul Hadi Tegur PAS Selangor

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegur kepimpinan PAS Selangor kerana membuat spekulasi bahawa mantan pesuruhjayanya Datuk Dr Hasan Ali tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya parti itu masih belum memuktamadkan senarai calon kerana masih belum mengetahui bila pilihan raya umum akan diadakan.

"Tidak benar kami menggugurkan Dr Hassan kerana kami masih belum lagi melihat senarai calon," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dokumen 10-Perkara mengenai negara kebajikan di Kompleks PKNS di sini Ahad.

Abdul Hadi mengulas laporan muka depan sebuah akhbar pada Ahad yang memetik sumber sebagai berkata exco Selangor itu 'disingkirkan' daripada menjadi calon PRU ke-13 oleh PAS Selangor dan tindakan itu direstui oleh PAS Pusat.

Laporan itu susulan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Shaari Sungib yang disiarkan oleh beberapa blog bahawa kemungkinan besar Dr Hasan akan digugurkan sebagai calon.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi Bernama berkata Shaari tidak harus membuat spekulasi mengenai kedudukan pencalonan Dr Hasan kerana ia mungkin menjejaskan peluang calon lain yang terpilih. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan