155, 343 Peminjam Belum Bayar Balik PTPTN Setakat Oktober Lepas

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sehingga 31 Oktober lepas, masih ada 155,343 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat bayaran balik pinjaman mereka yang berjumlah RM929.53 juta.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata sehingga tempoh itu juga seramai 730,221 telah membuat bayaran balik pinjaman membabitkan jumlah RM2.8 bilion.

"Bermula 1 Disember 2006 hingga 31 Oktober lepas pula, sebanyak 267,822 Notis Peringatan Terakhir (NPT) dan 189,813 Notis Tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah dikeluarkan.

"Daripada jumlah NPT yang dikeluarkan, seramai 75,530 peminjam telah mula membayar balik pinjaman, begitu juga dengan 81,151 peminjam yang dikenakan tindakan LOD," katanya menjawab soalan Senator Ahmad Hussin, di Dewan Negara, di sini Isnin.

Beliau berkata bagi tempoh itu juga sebanyak 104,083 saman telah dihantar kepada peminjam ingkar, melibatkan jumlah RM1.12 bilion.

"Sebanyak 69,667 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih mahkamah," katanya.

Hou berkata PTPTN juga telah meluluskan pengecualian bayaran balik kepada 10,849 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama membabitkan jumlah RM312.24 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan