KR1M Bukan Untuk Monopoli Pasaran Produk Murah

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan bukan untuk memonopoli pasaran barangan pengguna yang berharga rendah tetapi sebagai penanda aras bagi syarikat-syarikat lain melakukan perkara yang sama supaya lebih kompetitif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha kementerian mewujudkan KR1M dilihat boleh mewujudkan persaingan secara sihat dengan syarikat lain dalam memberikan faedah kepada rakyat dengan penawaran produk pada harga lebih rendah.

"KR1M bukan untuk memonopoli produk tiada jenama tetapi supaya lebih banyak syarikat lain bersaing dengan mengeluarkan produk sama dan dengan cara itu harga lebih murah dapat ditawarkan kepada pengguna," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian sumbangan program Jalinan Murni di sini, Sabtu.

Beliau berkata syarikat-syarikat produk lain di pasaran kini sudah berlumba-lumba menurunkan harga barangan mereka sejak KR1M diwujudkan dan perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang positif.

"Selepas ini, kita harap lebih banyak lagi syarikat pengeluar lain mengeluarkan produk yang tiada jenama dengan tawaran harga lebih murah seperti yang dilakukan oleh syarikat Mydin," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya mensasarkan menjelang hujung tahun depan, semua kedai runcit di setiap daerah di seluruh negara menjual sekurang-kurangnya satu produk KR1M.

Katanya setakat ini produk KR1M telah dijual di 167 buah kedai runcit di seluruh negara manakala jumlah KR1M sehingga kini berjumlah 17 buah dan hingga hujung tahun ini ia akan mencecah angka 25 buah.

Selain itu, katanya, mulai tahun depan orang ramai boleh memohon mengusahakan KR1M daripada kerajaan dengan mengisi borang permohonannya apabila ia dikeluarkan nanti.

Katanya terdapat beberapa syarat tertentu yang mesti dipenuhi dan dipatuhi oleh mereka yang berminat seperti modal, pembangunan kedai dan lain-lain. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan