Jangan Keterlaluan, Undang-Undang Masih Ada Kuasa - Rais

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan telah meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mengulas tindakan kira-kira 100 peserta 'flashmob' yang berkumpul di pusat membeli-belah KLCC semalam untuk membantah rang undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rais mengingatkan orang ramai agar jangan keterlaluan hanya kerana beberapa sistem sudah diliberalkan.

"Jangan keterlaluan semata-mata Perdana Menteri atau sistem kerajaan sudah meliberalkan beberapa aspek kehidupan kita. Kuasa polis itu tetap ada.

"Apa pun undang-undang yang diolah atau dipinda, tinggal lagi jangan diuji sangat kesabaran tersebut sehingga kita mewujudkan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas menyertai pertandingan badminton antara JASA dan pasukan D'Sury, di sini Ahad.

Rais turut menyifatkan mereka yang bertindak melakukan perhimpunan di tempat-tempat awam khususnya di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai sebagai mereka yang tidak menghargai kebebasan sendiri.

"Saya percaya pihak polis akan sentiasa melakukan pemerhatian yang kerap dan sekiranya melanggar perhitungan dan keamanan damai di jalan-jalan raya dan pasar raya, tindakan setimpal akan diambil," katanya.

Mengulas mengenai calon-calon yang berundur secara sukarela pada pilihan raya umum akan datang, Rais berkata perkara itu terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat pertimbangan serta memilih calon yang mereka kehendaki untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno semestinya telah mengetahui prestasi atau potensi mereka yang layak menjadi calon.

"Kalau orang itu produktif beliau (PM) tahu. Beliau ada 10 sumber untuk mengetahui seseorang itu baik atau tidak. Jangan dipaksa mana-mana pihak mengeluarkan pendapat mereka.

"Bagi saya, kita ada banyak kerja lagi daripada hendak menentukan siapa jadi calon. Yang penting bolehkah orang itu buat kerja dan berkhidmat untuk negara dan tidak menipu rakyat," katanya.

Sementara itu, Rais mahu jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengikut langkah JASA menyusun aktiviti sukan yang bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan mereka, malah menitikberatkan soal kesihatan dan kecergasan minda.

"Dalam suasana perlawanan ini bukan hendak cari menang, kita hendak cari bagaimana berasa sihat dan disposisi sihat ini amat penting bagi kita.

"Selain itu, yang juga penting adalah falsafah kekeluargaan dan ia mengintimkan lagi hubungan kita. Kita harap semua agensi di bawah kementerian akan dapat menyusul dengan langah-langkah yang sama," katanya.

Terdahulu, Rais yang berpasangan dengan isteri beliau, Datin Seri Masnah Rais, menumpaskan pasangan beregu Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Tan Sri Hassan dan isterinya Datin Mariam Bahari, 21-19, 21-14. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan