Badan Kebajikan Beroperasi Seperti Perniagaan Bagi Memperoleh Dana

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Badan-badan kebajikan kini melakukan perubahan terhadap model perniagaan mereka ekoran perlu bersaing antara satu sama lain untuk memperoleh sumbangan orang ramai.

Badan-badan amal ini terpaksa menggunakan amalan korporat sebagai usaha untuk meyakinkan penderma bagi menyokong perjuangan mereka.

Selain bersifat telus dalam aktiviti mereka, badan-badan amal kini mengalihkan perhatian kepada rangkaian sosial, pameran bergerak dan mengadakan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain bagi mendapatkan dana.

Ini menyebabkan para penderma benar-benar ingin mengetahui ke mana wang sumbangan mereka digunakan terutama ketika diberikan pada waktu yang sukar.

Badan-badan amal turut sukar mendapat sokongan derma daripada syarikat-syarikat korporat yang bertindak untuk mengurangkan kos ekoran ketidaktentuan ekonomi pada masa akan datang.

Aktivis hak asasi kanak-kanak, Dr Hartini Zainuddin berkata, ‘rahsia’ bagi mendapatkan sokongan penderma adalah bersikap telus dan sentiasa mengadakan kerjasama erat dengan mereka.

Beliau berkata, banyak organisasi bimbang terhadap kekurangan dana tetapi tidak mengetahui apakah kesilapan dalam pendekatan mereka untuk menarik penderma.

“Rakyat Malaysia tidak lagi mengeluarkan wang dari poket mereka hanya untuk satu faktor pada satu masa semata-mata.

“Penderma ingin tahu bahawa kita bukan hanya melakukan kerja-kerja amal tetapi turut terlibat dalam pelaburan sosial jangka panjang,” kata Dr Hartini yang mengasaskan sebuah rumah perlindungan kanak-kanak, Rumah Nur Salam di kawasan panas Chow Kit, Kuala Lumpur.

Beliau menambah, menyalahkan punca kekurangan sumbangan orang ramai disebabkan oleh keadaan ekonomi yang merudum hanya sebagai ‘alasan mudah’.

Dr Hartini berkata, organisasi tidak berorientasikan keuntungan membantu menjadikan penderma sebagai sebahagian daripada perjuangan mereka.

Badan amal boleh menyediakan akses mudah bagi memaklumkan perjalanan aktiviti mereka menerusi laman web dan Facebook.

Rumah Nur Salam mendapat perhatian media lebih daripada sekali berikutan mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi besar menerusi program-program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pesuruhyata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), James Nayagam yang juga merupakan bekas Pengarah Eksekutif Shelter Home berkata, adalah penting bagi badan bukan berioentasikan keuntungan untuk berusaha mengekalkan kerjasama dengan para penderma agar berminat dengan aktiviti-aktiviti mereka.

Jelasnya, antara cara yang boleh dilakukan ialah menerusi menyediakan laporan tahunan dan laporan kewangan yang diaudit kepada penderma.

“Mereka (penderma) perlu ditunjukkan bahawa anda tidak hanya berminat dengan wang mereka,” katanya.

Walaupun masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia namun kekangan kewangan menyebabkan banyak badan amal terpaksa bergantung pada sumbangan orang ramai.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata, jumlah derma yang diterima telah menurun dari RM36,000 pada tahun 1998 kepada kira-kira RM10,000 tahun ini.

"Syarikat-syarikat besar telah mengubah program tanggungjawab sosial mereka selepas kira-kira tiga tahun ia tidak banyak membantu.

"Syarikat-syarikat ini mahu memperuntukkan kewangan untuk sebab-sebab lain. Kami memahami perkara ini. Justeru, kami perlu menggunakan pendekatan dengan menemui orang ramai,” katanya.

Pengurus Program Persatuan Tindakan Wanita, Betty Yeoh berkata, derma yang diterima kepada organisasi menurun sejak dua hingga tiga tahun lalu.

"Kebiasaannya, orang akan menderma sebanyak RM5,000 namun kini hanya kira RM1,000," katanya.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan organisasinya perlu bekerja keras berganda untuk mendapatkan penderma baru.

Beliau turut mengakui kekurangan sumbangan daripada penderma kemungkinan disebabkan oleh keadaan ekonomi.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan