46 Mangsa Banjir Di Kuantan Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Ahad, 11 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 46 daripada 110 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setakat 12 tengah hari.

Kesemua yang dibenarkan pulang itu terdiri daripada mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin dan Sekolah Kebangsaan Galing.

"Hanya mangsa banjir yang berada di dewan orang ramai Indera Mahkota iaitu seramai 19 orang dan Tadika Perpaduan Cenderawasih seramai 45 orang, masih berada di pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Menurut jurucakap mereka yang dibenarkan pulang berikutan air di kawasan rumah mereka telah surut.

Bagaimanapun penduduk di daerah Kuantan diminta berjaga-jaga kerana cuaca hujan masih berterusan dan dibimbangi berlaku banjir terutama di kawasan rendah dan tepi sungai.

"Paras sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih berada pada paras berjaga-jaga," katanya.

Tiada kejadian banjir di daerah lain di Pahang dilaporkan setakat ini, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan