Spesies Burung Enggang Yang Sudah Lama Tidak Kelihatan Ditemui Di Ulu Muda Padang Terap

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sejenis burung enggang yang sudah sekian lama tidak kelihatan akhirnya muncul terbang di kawasan rimba Ulu Muda di Padang Terap di sini menjadikannya satu daripada dua tempat sahaja di Malaysia di mana burung jenis itu boleh ditemui.

Sepasang burung berkenaan dikenali sebagai 'Rhyticeros Corrugates' juga dipanggil enggang 'kerut atau kedut' adalah antara 10 jenis unggas terbang berada dalam kumpulan itu yang boleh dijumpai di negara ini.

Pengarah Earth Lodge's Sdn Bhd, Hymeir Kamarudin dalam satu kenyataannya di sini berkata, sepasang burung itu telah kelihatan di ruang Sungai Muda dekat rumah persinggahan Earth Lodge di Kuala Labua, Ulu Muda. Katanya, dengan menggunakan teropong, unggas itu dapat dilihat beberapa saat terbang di kawasan sungai tersebut oleh penghuni rumah persinggahan itu terdiri daripada pemerhati-pemerhati burung yang terkemuka.

Beliau berkata, pemandangan tersebut sangat bermakna kerana sebelum ini hanya Ulu Muda sahaja diketahui satu-satunya kawasan di mana jenis enggang yang jarang ditemui dan terancam di dunia ini dapat dilihat dengan jumlah yang banyak.

"Burung ini dengan dada, sayap dan separuh bahagian atas ekor panjangnya berbulu hitam berbadan kecil berbanding jenis enggang yang lain telah meyakinkan pemerhati burung sebagai enggang kerut atau kedut," kata Kymeir.

Menurut beliau, kawasan rimba berkenaan menjadi tempat yang semakin popular di kalangan pemerhati burung tempatan dan luar negeri sebagai destinasi penting untuk melihat burung.

Hymeir berkata, Birdlife International bersama pertubuhan rakan di Malaysia, Persatuan Alam Malaysia (MNS) telah menyenaraikan Ulu Muda sebagai satu kawasan penting bagi burung dalam buku 'Directory of Important Bird Areas in Malaysia - Key Sites for Conservation' terbitannya pada tahun 2007.

"Sehingga kini, 260 jenis burung dikatakan terdapat di Ulu Muda. Dengan kesemua 10 jenis burung enggang dicatatkan berada di situ.

"Ulu Muda sekarang menjadi kawasan pemeliharaan biodiversiti dan eko pelancongan yang semakin penting," katanya lagi.

Kawasan Ulu Muda juga menjadi kawasan tadahan penting yang membekalkan air masuk ke empangan Ahning, Pedu dan Muda.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan